7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Yayasan Al Hussin akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal HELP 2017 atau HELP Charity Golf Tournament 2017 bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membiayai Program HELP Tuisyen 2017.

Pengerusinya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata Program HELP Tuisyen ini merupakan inisiatif Biro HELP bermula pada tahun 2014 yang lalu bertujuan untuk membantu masyarakat terutamanya keluarga yang kurang berkemampuan dalam bidang pendidikan anak-anak dengan memberi tuisyen secara percuma kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Daripada tahun 2014 hingga kini, seramai 12,000 orang pelajar-pelajar tingkatan 5 telah berjaya dibantu melalui Program HELP Tuisyen.

“Program HELP Tuisyen menggunakan khidmat daripada tenaga-tenaga pengajar atau guru yang berpengalaman dan pakar dalam matapelajaran yang dikhususkan”,katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Jelas  beliau Program HELP Tuisyen ini memberi impak positif terutamanya kepada pihak sekolah, ibu bapa dan khususnya pelajar-pelajar yang mengikuti tuisyen tersebut melalui keputusan yang lebih baik dan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Program ini juga tambahnya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan permintaan agar ianya diteruskan serta diperluaskan.

“Program ini dilaksanakan di peringkat Parlimen oleh Kelab Sukan & Rekreasi Komuniti Parlimen (SRCC),” ujarnya.

Oleh yang demikian kata beliau lagi, Program HELP Tuisyen 2017 akan dilaksanakan dengan perlaksanaannya akan diperluaskan ke 191 kawasan Parlimen dengan jangkaan pelajar-pelajar yang terlibat adalah seramai 20,000 orang dengan jumlah keperluan kewangan sebanyak RM 4 juta.

Tambahnya perlaksanaan Program HELP Tuisyen 2017 ini terdapat sedikit perbezaan dengan tahun-tahun yang lalu agar ianya tidak bertindan atau berlaku pengulangan program yang sama memandangkan pada tahun ini kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah telah melaksanakan Program Tuisyen Rakyat.

“Disebabkan penganjuran pada tahun  ini diperluaskan dengan penglibatan pelajar yang ramai ianya memerlukan dana atau sumber kewangan yang besar.

“Disebabkan itu, Biro HELP merancang untuk menganjurkan Kejohanan Golf Amal HELP 2017 ini sebagai salah satu usaha mendapatkan sumbangan serta sokongan kewangan daripada Syarikat-Syarikat GLC, Syarikat Multinasional, Syarikat Korporat dan sumbangan persendirian.

“YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengesahkan persetujuan beliau untuk turut sama hadir dan akan bermain golf bagi membantu  merealisasikan program ini untuk mengumpulkan dana yang mencukupi”, jelasnya.

Selain daripada itu, katanya beberapa orang menteri Kabinet juga telah bersetuju untuk bermain di Kejohanan Golf Amal HELP 2017 pada 23 April 2017 bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam.

Pendekatan program yang dilaksanakan oleh Biro HELP ini adalah seiring dengan ‘tagline’ Pemuda UMNO iaitu Pemuda Prihatin dengan mengamalkan Politik Khidmat Bakti.

“Malah Program HELP Tuisyen ini juga dilaksanakan dengan tema sendiri iaitu ‘Ringan Beban, Bina Masa Depan’.

“Saya yakin dan percaya bahawa pembangunan dan kemajuan sesebuah masyarakat dan negara dapat dibentuk melalui bidang pendidikan.

“Begitu juga dengan hasrat kerajaan melalui Transformasi Nasional 2050 atau TN50 juga akan berjaya sekiranya golongan muda pada hari ini diberikan kemudahan dan peluang pendidikan yang terbaik,” ujarnya yang juga EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Kejohanan Golf Amal HELP 2017 ini dapat menarik penyertaan dan sumbangan terutamanya daripada Syarikat-Syarikat GLC, Syarikat-Syarikat Multinasional, Syarikat-Syarikat Korporat atau individu amatlah diharapkan.

Sebanyak 28 Flite disediakan dalam kejohanan golf amal ini termasuk jamuan makan tengahari bersama YAB Perdana Menteri.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia