7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Dakwaan pembangkang kononnya syarikat Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) menarik diri daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor terbukti meleset apabila ia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerjasama itu bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat tempatan serta menjadikan kawasan Parlimen Pengerang tumpuan pelabur dalam dan luar negara.

“Semua anak jati Johor tidak kira kedudukan, agama dan bangsa harus mengalu-alukankan pelaburan besar seumpama ini kerana ia akan meletakkan negeri Johor di mata dunia,” katanya dalam kenyataan.

Petronas semalam menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion yang disaksikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perjanjian berkenaan membolehkan syarikat Arab Saudi itu menguasai 50 peratus ekuiti dalam aset kraker dan penapisan di bawah RAPID.

Azalina, yang juga anggota Parlimen Pengerang, berkata pelaburan itu bakal memacu pembangunan negeri serta kemakmuran rakyat Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.

“Kejayaan ini tidak mampu direalisasikan tanpa ada usaha daripada kerajaan negeri dan persekutuan terutama dalam menarik pelabur bertaraf global,” ujarnya.

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia