7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DAP perlu berhenti menyembunyikan fakta bahawa Lim Kit Siang ialah ketua umum gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
“Lim Kit Siang ialah ketua umum Pakatan. DAP perlu berhenti daripada cuba menyembunyikan perkara itu,” kata beliau dalam Twitter.Najib berkata pengundi tahu bahawa DAP menguasai paling banyak kerusi dalam pakatan pembangkang.

“Dan LKS (Lim Kit Siang) sebenarnya yang menjadi ketua,” kata perdana menteri mengenai penasihat DAP itu.

Najib membuat kenyataan itu susulan pihak-pihak dalam kalangan parti pembangkang saling berbalas kenyataan mengenai siapa ketua mereka.-

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia