7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KANGAR, 11 Feb – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyifatkan dakwaan ada menteri kanan akan meletak jawatan sebagai khabar angin untuk meresahkan rakyat.

Katanya dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu juga tidak berasas dan hanya bermotifkan politik, bertujuan menimbulkan rasa tidak percaya rakyat kepada kerajaan.

“Tidak perlu kita terpengaruh atau memanjangkan lagi hal ini…yang sebenarnya tidak ada sebarang peletakan jawatan dan ini telah disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman sosial Facebook dan Twitter beliau sendiri malam tadi,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin memuat naik status menerusi Twitter yang mengatakan seorang menteri kanan akan meletakkan jawatan.

Terdahulu, Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis menyampaikan sumbangan persekolahan sesi 2017 bagi kawasan Parlimen Arau dan Kangar di Dewan 2020, di sini hari ini.

Pada majlis anjuran Yayasan Taqwa dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung itu, 705 murid dari 70 buah sekolah rendah menerima bantuan berjumlah RM105,750.

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia